Sunday 18 August 2013

Resepi Mee Udang

 

RESEPI MEE UDANG


Pengenalan
Mee Udang adalah antara mee utama yang mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Mee Udang adalah salah satu masakan tradisional yang terkenal dan berasal dari Penang di Malaysia.

Sebenarnya, Mee Udang pula adalah masakan gandingan mee dan udang segar sahaja pada ketika dahulu dan digelar sebagai mi udang atau mee udang. Pada masa kini, Resepi Mee Udang mementingkan kesegaran udang daripada kesedapan resepi kuahnya untuk menambahkan keenakannya. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Udang yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah diakui dan diketahui ramai. Mee Udang asli yang berasal dari Teluk Kumbar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.

Sementara itu, Mee Udang turut menjadi makanan yang disukai ramai di seluruh Malaysia disebabkan rasa yang istimewa selepas bercampur dengan kuah pedas yang enak sekali.

Kedatangan nama Mee Udang mempunyai ceritanya. Kisahnya, insiden itu berlaku di apabila seorang ibu sedang membuat masakan mee pada waktu itu, mee atau mi belum mempunyai nama lagi atau dikenali sebagai mee dengan sup pedas sahaja. Proses memasak mee itu biasanya diikuti dengan memilih udang sederhana besar untuk masukkan kepala udang untuk memasak kuah Mee tersebut. Akhirnya, anak-anak kecil yang terasa mee itu, menjerit nama "Mee Udang" kepada ibunya dengan gembira. Lalu ibu mereka pun memperkenalkan mee pedas tu sebagai Mee Udang kepada orang lain.


Bahan-Bahan untuk Kuah Mee Udang


2 kilo ubi keledek kemerahan (direbus sehingga lembut, kulit dibuang dan dilenyek)

1 kilo udang sederhana besar


Bahan-Bahan Tumis Kuah Mee Udang


1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

4 sudu besar minyak masak

80-120 gm cili giling

2 sudu besar sos tomato

2 sudu sos cili biasa


 

Bahan-bahan untuk Membuat Sos Cili

(Dihidangkan bersama Resepi Mee Udang)

15 cili kering (direbus sehingga rebus)

10 bawang merah (dikubis)

1 sudu besar Belacan

3 ulas bawang putih (dikupas)

Sayur-Sayuran

(Untuk orang yang suka makan sayur)

Sayur Bayam

Taugeh

Daun Bawang


Cara-Cara untuk Membuat Kuah Mee Udang


(satu kilo mee untuk 10-14 orang dewasa)

1) Udang-udang dibuang kepalanya. Kepala udang ini akan digoreng tanpa minyak sehingga kemerahan.

2) Rebus kepala udang kira-kira 20 minit. Sejukan rebusan dan mengisar rebusan air dengan kepala udang sehingga menjadi halus.

3) Tapiskan hasil pengisaran itu dan asingkan untuk menjadi kuah mee udang.


Cara-cara untuk Tumis Kuah Mee Udang


1) Masukkan minyak masak dalam periuk yang telah disediakan.

2) Apabila minyak mula panas, masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng sampai naik bau yang harum.

3) Selepas tu, masukkan cili giring, sos cili, dan sos tomato.

4) Masukkan air rebusan kepala udang yang telah kisar dan tapiskan ke dalam periok.

5) Kemudian masukkan ubi keledek yang telah lenyek ke dalam periuk juga. Kacau sampai rata. (Kepekatan kauh adalah terpulang kepada ubi keledek yang lenyek)

6) Sekira kuahnya terlalu pekat bolehlah tambahkan sedikit air.

7) Masukkan secubit garam.

8) Pastikan kuahnya sentiasa dalam keadaan panas untuk dihidangkan.


Cara-Cara untuk Menyediakan Resepi Mee Udang


1) Pertama sekali, rendamkan mee kuning di dalam air yang panas untuk masak separuh. Apabila kuah yang panas dimasukkan, baru mee ini akan masak secukupnya.

2) Untuk penyediaan di rumah; panaskan air sehingga mendidih. Tutupkan api dapur. Sebelum keluarkan mee dari bungkusan, tepuk bungkusan mee dalam satu arah supaya mee ini tidak tergumpal.

3) Masukkan mee ke dalam air panas selama 30 saat dengan serta-merta, keluarkan mee itu dengan menggunakkan penapis dan masukkan dalam besin yang disediakan dengan air sejuk. (ini akan mengelakkan mee tidak akan masak lagi dalam suhu kepanasan sendiri)

4) Keluarkan mee dari besin selepas suhu kepanasan mee telah berkeadaan biasa. (Ingat! Jangan biarkan mee itu terlalu lama, kerana mee yang telah menyerap air akan terlalu berkembang)

5) Toskan mee itu dan campurkan sedikit minyak masak supaya mee yang separuh masak tadi berada dalam asala dan juga tidak akan kering dengan cepat semasa terbiar di atas meja.

6) Oleh sebab hendak menyediakan mee melalui langkah-langkah di atas, adalah untuk memastilan segala bahan kimia yang digunakan sebagai pengawetan mee boleh dihindarkan demi kesihatan keluarga kita.

Tips: Pelbagai jenis bahan, perencah, sayur, kuah dan sos juga boleh dicampurkan dalam mee udang dengan mengikut suka hati dan kesesuaian masing-masing.

Cara-Cara untuk Membuat Sos Cili yang Sedap


1) Sediakan cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan, mengisar semua bahan ini sehingga halus untuk dijadikan sos cili.

2) Menyediakan 6 sudu besar minyak masak ke dalam kuali.

3) Tumiskan sos cili tersebut sehingga harum.

4) Akhirnya, sedia dihidangkan bersama Mee Udang.

Tips: Bahan-bahan makanan yang ditambahkan dalam Mee Udang akan menjadikannya lebih enak dan sedap.

1) Gorengkan Tauhu, Fish Ball atau Fish Cake.

2) Potong ikut saiz mengikut kesukaan anda.

3) Hidangkan bersama dengan bawang goreng, hirisan cili merah, daun bawang, potongan limau nipis, dan separuh telur rebus.

4) Selamat dicubakan.

Sebenarnya Mee Udang tidak mempunyai resepi yang standard untuk dipertengahkan. Setiap daerah mempunyai resepi Mee Udang yang berlainan. Jadi, Mee Udang yang sedap boleh dimasak dengan cara yang tersendiri mengikut kehendak sendiri. Mee Udang mempunyai kepedasan yang luar biasa dan dapat menarik selera orang ramai.

Tambahan pula, kombinasi mee dengan udang segar adalah amat sesuai dan rasanya adalah begitu merangsangkan disebabkan kelazatan dan keistimewaannya sebagai salah satu menu terkenal adalah amat disukai oleh orang ramai. Resepi Mee Udang merupakan jenis resepi mee yang agak sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa.